Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kat organizer majlis keramaian ni iaitu
Encik Amir Budiman Bin Akhasan (budak setapak) kerana bersusah payah merancang dan mengatur atur cara majlis yang tak berapa nak jadi pada malam itu. Majlis ni boleh dikatakan macam majlis makan malam bese je. Bak kate omputeh '
candlelight dinner'. Majlis ni juga boleh dikatakan majlis makan-makan terakhir budak-budak kursus kami iaitu Mechi Techno DDT. Malam tu hampir sume budak-budak kelas aku pegi. Ade dalam 2,3 orang je x pegi. Yang hadir, aku a.k.a. paih, akmal, amir, wan, adik, atim, zul topap, izra the inspirasi, sahar, awi, apiz, noh, jat, rasad, denan, mirol, sharul, zultip, fahmi, fattah, ecah JJB, ecah salim, melliesa, zie yie, mas, dan tidak asing lagi dikalangan kami iaitu yuza. Manakala yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu ialah, onga, ha, aqim, eng, yus dan ain.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama kami yang ade x berape nak erat tu dan juga untuk mengorek seberapa banyak cerita-cerita dan rahsia-rahsia yang belum kami ketahui. Dan pada malam itu juga banyak gak rahsia-rahsia yang dapat di terokai. Ade yang boleh pakai dan ade yang langsung x boleh pakai. Ape yang mengembirakan kami pada malam itu ialah Si Hatim
(blogger) telah memilih untuk senyap. Wink3 (bak gelak
inspirasiizra). Malam tu agak suram sebab ade masalah hati ke hati skit. Bak kate ompuleh '
from heart to heart'. Walaupun si gadis-gadis ini agak suram-suram blake namun, ketelatahan budak-budak laki yang lain likes amir, mirol, sharol, paih, dan yang lain-lain membuatkan suasana suram menjadi kembali ceria dan itulah yang kami mahukan. Bak kate '
Jimi Handrix', di dalam ceria ada dukanya, dan di dalam duka ada cerianya. Walaupun maksud kata-kata tu aku pun kurang paham, tapi apa yang nak disampaikan ialah kita hendaklah saling bantu membantu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Erti kata lain, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah. Negeri orang hujan batu, negeri sendiri hujan emas dan adalah lebih baik tinggal di negeri sendiri walaupun negeri orang lain hujan batu. Wah! Ape yang aku tulis ni, aku pun kurang pasti maksudnya. Ape yang aku paham dalam ayat terakhir tu ialah kalau dah adik beradik, lame mane terpisah atau macam mane terpisah pun, akhirnya akan bersatu semula. Bak kata orang bagai isi dan kuku. Wink7 (bak gelak inspirasiizra lagi). Sebenarnya aku sengaja memutar belitkan ayat-ayat terakhir aku untuk membuatkan para pembaca setia aku mendapat satu nikmat yang dinamakan nikmat pening kepala. Wink34 (bak gelak inspirasiizra again and again). Sebab pas ni hanya gambar dan sedikit caption. Gambar bagi entry ini agak banyak atas permintaan ramai walaupun tiada sesiapa pun yang meminta aku untuk buat sebegitu rupa. Ok saksikanlah je la ye....