20100327

Entah la labu?

Kali ni aku nak cakap pasal gadis, perempuan, dan wanita.

Dari kecik lagi mak ayah kite ajar kite pakai tudung, tutup aurat, jaga adab, banyak lagi la. Tapi sekarang, bila dunia dah maju, kate orang 'internet di hujung jari anda'. Contoh, portal-portal sosial. Dimulakan dengan friendster. Kalau kat friendster gambar-gambar sume pakai tudung, tutup aurat kalo boleh nak pakai purdah. Tapi bila dah bosan kat friendster, mereka register diri dia orang kat myspace pulak. Bila kat myspace pulak, gadis, perempuan, dan wanita tersebut dah pandai upgrade gambar-gambar mereka. Dari ayu bertudung, dah tak bertudung. Dari baju kurung, dah pakai ........... kalo boleh nak telanjang kot. Mereka sememangnya hot. Ada pulak yang boleh berbangga-bangga dengan body meraka tu. Solid beb! Mungkin mereka sudah pandai menilai tubuh badan mereka. Yang untung aku, kami sebagai lelaki. Bukan senang nak tengok keindahan alam cam tu kan. Aku begitu beruntung. Tu baru di myspace, tidak lagi di facebook, sebab aku baru saja berkecimpung dalam dunia facebook ni dan harap tidak ada di blog. Tapi aku hormat a.k.a. respect bagi mereka yakni gadis, perempuan, dan wanita yang still maintain dengan gaya islamic mereka.

(p/s: Kawan-kawan ISLAM itu indah!)


20100323

Mengapa pinggirkan bahasa Melayu?


Tahukah anda, terdapat hanya tiga patah perkataan jati bahasa Melayu? Mengikut pengetahuan saya, terdapat hanya tiga perkataan asli bahasa Melayu iaitu, padi, paku dan babi. (Jika salah harap betulkan). Namun, masyarakat Malaysia seperti mengetepikan penggunaan bahasa Melayu yang asal itu kerana dikatakan tidak sesuai. Perkataan yang saya maksudkan ialah [babi]. Dengan perkembangan arus perdana ini, agak menyedihkan lagi apabila masyarakat Malaysia lebih suka menggunakan bahasa Arab menggantikan perkataan Melayu asli tersebut, iaitu [khinzir] kununnya lebih sopan kerana berasal dari bahasa al-Quran. Padahal, dari segi pengertiannya merujuk binatang yang sama. Jumudkah pemikiran sebegitu?

Apakah pandangan anda semua berkaitan isu ini?


Jawapan 1:
Bukan tidak mahu guna perkataan babi tapi perkataan babi ini sudah terlebih pakai oleh sesetengah orang Melayu. Kalau bab maki memaki akan terkeluarlah lah perkataan babi ini. Cuba bandingkan kalau orang maki dan cakap (minta maaf, ini contoh sahaja) "Babi lah kau" dengan "Khinzir lah kau". Yang mana satu kalau ditujukan pada anda lebih terasa kurang ajarnya? kerana orang Melayu tidak menggunakan "khinzir" bila memaki. Itu pendapat saya.

Jawapan 2:
Babi khinzir ,melayu arab bukanlah 1 persolan yang besar menyebabkan bahasa melayu terpinggir , takan 1 perkataan saja sudah hilang bahasa melayu , contoh ( a makan khinzir )( a makan babi )a dan makan tetap perkataan melayu bukan bila sebut khinzir makan dan a juga berubah kepada bahasa arab . Ada lagi lebih teruk orang melayu yang meminggirkan bahasa melayu yang sering mengatakan bahasa melalu ketingalan dan dia mua lebih maju dengan bahasa !!!!!!!!!!!! fikirlah sendiri bahasa siapa yang banyak digunakan di negara ini . maaf

Jawapan 3:
Yang penting tu bukan bahasa, tapi Budi Bahasa

Jawapan 4:
Khinzir @ babi ia tetap binatang yang sama..hanya ejaan dan bunyi saja yang berbeza..walau apapun ia tetap bahasa yang digunakan orang melayu khusnya dan masyarakat melayu amnya.. maaf



20100322

Boilerman ke steam engineer?


ape itu boiler???
sem ni aku kene katam buku setebal 2 inci setengah ni...bengong punye buku...

20100321

Kata-kata?

modenisasi yang timbul dan selalunya tenggelam

Blog-blog-blogspot?

Blog, blog, blog....Ish lupe nak bagi salam...Asssalamualaikum sume...Pekabo??? Terdetik aku nak tulis pasal ni bile aku tengok fesbuuk jusoh saadon member aku....Dia post link Oh tidak!.com pasal 'bila dah gila blog'....Memang betol ramai dah ade blog skang ni....Memang x dapat dinafikan lagi....Betol kate Ohtidak! "Semua orang pun ada blog. Buat anda yang masih tidak mempunyai blog, Booo.. Jadi cepatlah2 memiliki blog. Kalau dah ada blog tu, bloglah dengan hebat. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sekadar berbangga-bangga yang anda mempuyai blog pada rakan-rakan. Sigh~" hahaha....Sape la owner Ohtidak! ni...Guud job r...Angkat dua ibu jari....Woi blogger!!! Tahu x ape tu blog???? Mai sini nak habaq sama hampa suma....






(p/s: aku pun ade blog...tapi x sampai tahap dewagila lagi la...xla macam orang tu...hahaha...pikir la sendiri sape...)

20100318

Mando Diao - You Can't Steal My Love [video]?

Apakah Sebenarnya Yang Lelaki Mahukan Dari Seorang Wanita?



Soalan: Apakah sebenarnya yang lelaki mahukan dari seorang wanita? 

-Aku

Apakah sebenarnya yang lelaki mahukan dari seorang wanita? 
AhlanWalsahlan....hello...Arigatooo...Kuniciwa...Ni hau ma...Vanekum..Aku ingin mengupas, tentang apa yang sebenarnya lelaki mahukan dari seorang wanita? agar wanita di luar sana mengetahui dan memahami apa yg lelaki mahukan dari seorang wanita.
Lelaki ingin dibelai, ingin dimanjakan, dan ingin kelihatan cantik/hensem sepertimana kaum hawa juga. Mereka juga ada feeling. Mereka juga berjiwa sensitif, dan mereka juga tahu menangis. Bukan kaum hawa sahaja....kaum lelaki juga perlukan duit sepertimana kaum hawa perlukan. Jika tidak, masakan wujudnyeh isu anak ikan datin/gigolo/call-guy/toy-boy etc.
Lelaki juga tidak suka ditinggalkan, di abaikan, ditengking, di control dan di buang seperti hampas gas...ada kes kena buang kat tepi longkang pun adaaa....ish..ishh..jadi kaum lelaki, di sinilah tempat anda meluahkan perasaan anda untuk di dengarkan pada kaum hawa...untuk tatapan kekasih atau gadis-gadis yg masih mentah tentang keperluan lelaki....
(nyanyi sket)....


Jawapan 1:
-Dari Seorang Gadis Sunti

Apa yang lelaki mahukan dari sorang wanita?
1 - Partner for fun
2 - Partner for future

Partner for fun korang pepaham lah kan apa dia nak....Partner for future..Dah tentu perempuan yang selama ni dia nak kan?
Soklan ko ni general sgt sbb bukan semua lelaki sama....Apa yang aku selalu dgr sejahat mana lelaki, dia still nak seorang perempuan yang baik. Ye la, partner for life kan?
Lelaki juga tidak suka ditinggalkan, di abaikan, ditengking,...There is a fact where woman sometimes having a bay day and just want to whinge.
Sebenarnya aku taktau nak jawab apa....Benda ni mcm natural and just go with the flow...There's no such a perfect relationship.



Jawapan 2:

-Dari Lelaki idealis

tah kenapa aku rasa statement yang awek atas ni kate semua lelaki sikapnya sama macam tak benar jer.. jantina memangla sama.. lelaki.. tapi sikap lelaki lain2.. kalo aku tulis semua perempuan sama pun ada jugak pompuan yang akan counter tulisan aku ni...

memang ada lelaki yang nak perempuan sebagai
1. partner for fun
2. partner for a whole life..

tapi tak semua lelaki begitu.. ada je lelaki yang memang mencari cinta sejati dari awal dia bercinta lagi...kenapa lelaki sahaja disalahkan ??.. wanita ni setia sangat ke??.. wanita ni baik sangat ke???.. 
wanita ni pun ada yang memang pandai menghargai lelaki dan ada juga wanita yang 
1. cari partner for fun.. korang ingat takde ke pompuan buat macam ni..
2. cari partner for a whole life.. diorang cari yang baik2 jugak.. gile ke nak cari bekas2 orang.. cari yang first class jugak.. menjamin masa depan..

so samala wanita pun akan khawini seorang lelaki yang benar2 taste diorang... takde feel macamane mau kasi parent diorang cucu.. :|
so.. jangan pandang pada lelaki yang suka mencari teman for fun.. kita lihat pada lelaki yang kalo bercinta memang jenis setia sorangla.. (in case kalo clash.. itu lain cerita)..diorang ni sebenarnya macam wanita jugak.. nak kan wanita yang diorang sayang diorang cinta memahami diorang.. wanita pun same je.. nak kan orang yang diorang cinta pahami diorang.. so give and take la.. u paham dia.. dia paham u.. kata saling mencintai.. kenala saling memahami..
ada wanita yang suka bagi hint .. nak temannya discover sendiri.. samala macam lelaki juga.. nak jugak tengok boleh tak awek2 diorang ni tangkap apa yang tersirat di hati diorang.. one more thing.. lelaki juga nak dimanjakan..korang ingat wanita jer ke nak dimanjakan??.. kalo lelaki boleh manjakan korang.. apa salahnya korang manjakan lelaki sekali sekala.. diorang jugak ada perasaan.. 
cukup kot aku hujah sampai sini.. kalo ade lelaki nak tambah pape agi tambah kat komen k...pempuan pon ape salah nye kalo nak backup kaum mereka tu...hahah....


(p/s: paham x ape yang aku tulis ni...??? bosan wat report tok lab dynamics ni....hahahaaa...)



20100314

Siapa lagi ada blog?


ape itu cerita????ape itu pencerita????ape itu tulis????ape itu penulisan????ape itu pendapat????ape itu idea????ape itu kritikan????ape itu kutukan????ape itu diskriminasi????ape itu demokrasi????ape itu idealis????ape itu penganalisis????ape itu analisis????ape itu hipokrit????ape itu propaganda???ape itu blogger????dan ape itu blog????

(p/s: aku tengok sekarang sume orang ade blog mereka tersendiri....tapi mereka tahu x ape itu blog???? mungkin mereka tahu ape itu blog tapi, mereka x pasti ape itu blog....orang ade blog dia pon nak berblog jugak....pastu curi idea blog orang...pecer weyy???? ***k!!!!)

Sejarah hidup pahit/pedih?

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....


si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?

si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...

si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA



**Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

20100304

Ingatkah kamu?


hey orang melayu,
inikah melayu?
  • mempertahankan kepentingan dan hak Melayu
  • mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu
  • memperjuangkan ikhtisad pelajaran bangsa Melayu
  • mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera
peganglah janji kamu ini wahai orang melayu,
demi bangsa kita?

Melayukah kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...