Ini adalah sebuah deklarasi kemerdekaan untuk generasi ku…
Sudah tiba masa untuk kita generasi muda yang sudah lama rasa bosan, terpinggir, terkongkong dan terasing dengan budaya politik dan sistem pemikiran generasi lama untuk bangun memberontak ke arah membentuk satu gerakan counterculture baru anak muda yang akan membawa revolusi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan pemikiran yang lebih releven dengan idealisme generasi muda bagi merealisasikan impian kita untuk mencapai kemerdekaan sebenar yang akan mengembalikan kuasa kepada rakyat!
Pada 11.1.11, mahasiswa seluruh negara diseru untuk bangkit menunjukkan solidariti dan kuasa mahasiswa dalam demonstrasi mahasiswa terbesar dalam sejarah negara ini! Menyeru mahasiswa UTHM dan mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia menyambut gelombang kebangkitan mahasiswa sedunia yang kini sedang berlangsung di seluruh dunia...!!
Perhimpunan Mahasiswa Nasional 2011 (PMN2011) ini akan dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia. Maka entry ini diwujudkan sebagai salah satu method bagi mempromosikan PMN2011.
Sudah tiba masa Mahasiswa bangkit menuntut hak mereka. Autonomi Universiti harus dikembalikan kepada penuntut sendiri, Universiti dan pendidikan bukanlah suatu komoditi. Akta Universiti dan Kolej Universiti harus dimansuhkan dengan segera. Kita sudah berbincang, kita sudah berdebat, kita sudah merayu, kita sudah menulis surat, kita sudah mendesak universiti, namun mereka masih tidak mendengar, mereka masih menganggap kita budak hingusan yang tidak mengerti, mereka langsung tidak menghormati kita. Suara kita tiada nilai kepada mereka, mereka terus merompak negara, mereka terus menindas rakyat, mereka terus bercendana. Tatkala kebodohan menjadi budaya, tatkala mahasiswa dibaculkan, tatkala negara dibinasakan, mahasiswa terus tidak mengambil parwah. Sertai perhimpunan Mahasiswa Negara untuk memberi isyarat kepada seluruh negara, anak Malaysia tidak sanggup berdiam diri apabila negara kian gagal. Kita tuntut kembali hak kita, kita sendiri bertanggunjawab untuk perbaiki sistem pendidikan kita. BANGKITLAH MAHASISWA! BANGKIT! NEGARAMU MEMERLUKAN MU!
Poster-poster di atas adalah satu seruan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia untuk sama-sama bangkit mempertahankan hak dan kebenaran serta menentang penipuan dan kejahilan yang selama ini dikenakan terhadap penuntut universiti tanah air khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Banyak usaha telah digerakkan sepanjang tahun oleh persatuan dan individu tertentu atas rasa prihatin dan tanggungjawab. Tetapi apa cara dan usaha sekalipun, mereka tidak kuat untuk berdiri sendiri. Kini akan tiba masanya untuk mahasiswa sama-sama bangun dan bersatu berganding bahu untuk menuntut segala hak yang telah dirompak. Akta Universiti dan Kolej Universiti hendaklah dimansuhkan! Jika anda punya rasa tanggungjawab sebagai seorang penuntut universiti yang sayangkan agama, bangsa dan negara, sertailah Perhimpunan Mahasiswa Negara sebagai satu isyarat kepada negara, mahasiswa Malaysia punyai semangat juang yang tinggi, berani kerana benar! Siapa lagi yang akan memperbetulkan sistem pendidikan negara kalau bukan anda Mahasiswa Malaysia yang berilmu! Buangkan segala sifat dendam dan kebencian sesama sendiri! Bersatu kerana anda adalah generasi yang ditanggungjawabkan untuk memimpin bumi di masa akan datang.
MANSUHKAN AUKU, KEMBALIKAN AUTONOMI UNIVERSITI AWAM
AYUH! BANGKITLAH MAHASISWA NEGARA!
GEMGAMKAN TANGANMU! JERITKAN SUARAMU!
HOLD MY HAND! :)
"Sebagai golongan inteligensia, mahasiswa harus mainkan
peranan yang lebih signifikan dalam membahaskan
isu-isu negara dan memikirkan penyelesaian terhadap
masalah-masalah yang membelenggu rakyat...
don't just leave it to the politicians."
~Fahmi Reza