20120505

Fakta Menarik Mengenai Menara Jam Mekah




Macam biasa, tiap-tiap hari on9 Facebook untuk baca status member-member, tengok gambar-gambar memner, like/commnet status member, dan macam-macam lagi lah...Pastu terjumpe lak info pasal Menara Jam Mekah ni...Boleh tahan masyukkk gak menara ni...Leh lawan negara-negara bukan Islam yang lain laa...
Tapi, perlu ke menara jam ni ek??? Entah....Aku nak cakap pun x reti sangat...Pape pun info ni sedikit sebanyak dapat mengisi ruangan ilmu kita ni ok... >,<v

1- Menara Jam Diraja Mekah itu merupakan menara jam yang tertinggi dunia. Ia mengalahkan bangunan menara-menara jam terkenal lain dari seluruh dunia. Seperti Menara Jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara Jam The Big Ben di London, Menara Jam Rajabai di Mumbai India dan Menara Jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat. 
2- Menara Jam Diraja Mekah merupakan menara tengah yang dibina dalam Kompleks Abraj Al Bait yang mudah dilihat tanpa mengira sudut iaitu sehingga sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang dengan kalimah Allah terpampang jelas pada keempat-empat permukaannya. 
3- Setiap kali masuknya waktu-waktu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, akan terpancar dari jam tersebut satu cahaya lampu yang boleh dilihat sehingga sejauh 28 kilometer (dengan tidak melupakan peranan bilal masjid untuk tetap mengalunkan azan). 
4- Cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasi muka jam tersebut dengan 21,000 darinya terdiri daripada cahaya yang berwarna hijau dan putih, yang selamanya menjadi lambang warna agama Islam yang suci. 
5- Keindahan jam itu menjadi bualan kerana sebanyak 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan dengan mengambil motif atau corak flora dan fauna. 
6- Terdapat dua lif yang akan membawa para pelawat sehingga ke sebuah balkoni atau anjung tinjau iaitu dengan kedudukan lima meter ke bawah kedudukan jam. 
7- Direka oleh jurutera Jerman dan Swiss membabitkan kos bernilai $800 juta (RM2.56 bilion)

Sumber dirembat dari -> LayarMinda



** Jom ke Blog ke 2 saya -> 'LINK' :D
** ATAU, Jom ke Blog ke 2 saya -> 'LINK' :D
** Anda sukakan Artikel ini?? Sila klik 'LIKE' :D

senyum sokmo :D

10 Kritikan?:

Jue_ilias said...

nice info :)
tak pernah tahu lak pasal ni .

Faizul Osman said...

mmg menarik lah menara jam ni... kagum...

Koding said...

Hebat...
Anak Malaysia adalah antara yang terbabit dalam kejuruteraan binaannya...

caliph shuriken said...

besarnya menara jam ni ^^

kaishin said...

kalau tak silap jurutera Malaysia pun terlibat dalam pembinaan jam ni..:)

Fatin Put2 ^_* said...

suka entry ni.. sebab tak penah tawu pon.. btw, sejak bile lg wujud menara jam kat Mekah tu ek?

Rapunzeel Cikilolo said...

kagum!

khairul said...

hebat anak melayu kita

Emma said...

waahh, lawa3... teringin nak g mekah :')

Anonymous said...

Thank you for sharing. Not to many people in your position are so gracious. Your article was very poignant and understandable. It helped me to understand very clearly. Thank you for your help.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...