2 hari yang lepas heboh dekat Facebook pasal penukaran DP warna cokelat secara besar-besaran...Kenape DP warna cokelat ini menjadi pilihan....Sebabnya, ini adalah tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestine yang sedang mogok lapar di penjara Israel...
Nak tahu lebih lanjut, korang leh klik sini: #TAUTAK?Disebalik Simbolik Avatar Cokelat
Mesti korang dan kawan FB korang ramai yang tukar DP mereka kepada avatar macam kat atas tu kan...Ada yang reka atau design sendiri mengikot kreativiti mereka sendiri...Aku pun turut menukar DP FB aku dengan avatar cokelat ini...Tapi dengan Design aku sendiri...Tengok bawah ni ->
Amacam?? suweet x?? Sokongan padu dari faizlaster
Ramai yang cakap, "alah..setakat tukar DP je..bukan dapat tolong pon rakyat Palestine tuu.....". Mereka silap...Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar....Kalau korang nak tahu ini lah mogok lapar yang terbesar di dunia #FAKTA.
Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung...Tapi, yang pastinya akan membuatkan semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang islam akan mendoakan mereka..."Doa adalah senjata bagi Ummat Islam"..
So, korang fikir-fikirkanlah sendiri ok....
** Jom ke Blog ke 2 saya -> 'LINK' :D
senyum sokmo :D




























6 Kritikan?:
buatkan lar utk sy jugak
haha..smart ah...
pergh. kemah kemi. tgu ler aq de blog nty. akan ku cerita lebih lanjut lg.
hahaha....sweetnyeee...pewwittt
aku baru tahu nih...
Hari tu tgk DP paih.. nak gelak pun ada, tapi lama2 jadi jeles pulak. haha.. memang terbaik. Betul2.. kadang2 kita tak sedar sumbangan yang kecil tu boleh menjadi sumbangan besar. Moga saudara kita disana selamat :)
Post a Comment